Kempen Internet Selamat Di SMK Kubang Rotan
11 September 2025 | Aktiviti Terkini
Pada 10 September 2025, 11.30 pagi NADI Kluster Kota Setar bersama-sama Timbalan Pengarah Pejabat Negeri Kedah, MCMC Puan Sharliza Saary telah menjayakan Kempen Internet Selamat (KIS) dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Kota Setar (JAPEN).
Seramai 625 orang pelajar sekolah menengah telah menyertai sesi yang dikendalikan oleh 5 fasilitator dari NADI Kampung Gunung Hilir, RP Seberang Terus, Alor Binjal, Alor Malai dan Kuala Kedah. Modul Kawalan Kendiri dan Pemikiran Kritis Untuk Remaja dengan lembaran kerja iaitu fakta atau auta, detektif jejak digital dan red flag. Kempen ini dapat memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk berfikir dan berbincang bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa atau ketika berhadapan dengan risiko di internet.
Program ini disertakan dengan beberapa kuiz selingan, soal jawab dan juga penyampaian ikon pelajar dan ikon guru sekolah bagi meluaskan lagi kempen ini dilaksanakan. Pihak JAPEN juga turut mengadakan kuiz sempena Hari Malaysia dengan soalan umum berkaitan Malaysia dan Sejarah. Keseluruhan program berjalan lancar dan pelajar seronok kerana mendapat hadiah dan dapat berkongsi pandangan tentang isu-isu permasalahan di internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: